Selasa, 23 Januari 2018

TAKLIMAT HEM 2018

18 JANUARI 2018 - Satu Taklimat Unit Hal Ehwal Murid yang melibatkan semua GPK HEM sekolah-sekolah daerah Maran telah berlangsung di Bilik Seminar 1, Pejabat Pendidikan Daerah Maran di bawah Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan (SPPK) PPD Maran.



Bersama En. Zamri setelah menyampaikan taklimat berkaian SSPN1M

Bahan-bahan berkaitan taklimat tersebut boleh dimuat turun untuk makluman dan tindakan di Menu Muat Turun Bahan.

Jumaat, 12 Januari 2018

2018 PERANCANGAN DAN CABARAN

Telah masuk minggu kedua sesi persekolahan bagi tahun 2018 ini. Sudah tentu pelbagai perancangan awal persekolahan telah dirancang dan berjaya dilaksanakan. Namun masih panjang lagi perjalanan 2018 ini yang harus ditempuh dan bersedia menerima tugasan baru berikutan sistem persekolahan kini telah melangkah terus menuju PAK21 tanpa menoleh dalam mengisi dasar-dasar yang telah dipersetujui demi masa depan negara.

Sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, sudah pasti tidak terlepas daripada tanggungjawab apatah lagi kepada PK HEM yang baru dilantik. Sehubungan itu, JK Blog HEM ini sangat-sangat berharap dan mengalukan sebarang pandangan membina dalam memaksimumkan kebolehcapaian sebarang maklumat berkaitan HEM demi kepentingan bersama.

Sumbangan anda boleh disalurkan terus kepada e-mel berikut :
          i.  hemmaran@gmail.com
          ii. zahidbakar@hotmail.com