Ahad, 16 April 2017

BOWLING BADAN HEM SEMPENA HARI GURU

15 APRIL 2017 - Badan HEM Maran telah berjaya menganjurkan Pertandingan Bowling Sempena Hari Guru 2017. Tetamu Utama Encik Burhanuddin Hashim turut memeriahkan pertandingan tersebut.


Tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya bersama-sama menjayakan program yang dirancang.


Jumaat, 14 April 2017

TAHNIAH NAIK PANGKAT

12 APRIL 2017 - Encik Burhanuddin Hashim, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Maran telah merakamkan ucapan tahniah dan syabas di atas pelantikan Puan Noraini GPK HEM SK Sentosa sebagai Guru Besar di SK Serengkam, Puan Rosnani GPK HEM SK LKTP Jengka 8 sebagai Guru Besar di SK Chenor, Encik Anazir GPK HEM SK Serengkam sebagai Guru Besar SK Belimbing dan Encik Yosop GPK HEM SK LKTP Jengka 4 sebagai Penelia HEM di PPD Maran.

Beliau turut mengucapkan berbanyak terima kasih di atas khidmat bakti selama menjawat jawatan sebagai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di sekolah dan membantu Unit HEM PPD Maran. Seterusnya beliau mendoakan semoga terus menabur bakti dan cemerlang di tempat baru.

Sumber WhatsApp HEM MARAN RASMI. 

Isnin, 3 April 2017

MUAT TURUN

APLIKASI MUAT TURUN MENGGUNAKAN GOOGLE DRIVE MULA BEROPERASI
NAMUN BUAT MASA INI HANYA BORANG/LAPORAN TERKINI SAHAJA YANG DIMUAT NAIK SEBAGAI PERCUBAAN.

SEBARANG PENAMBAHBAIKAN SANGAT-SANGAT DIALU-ALUKAN.