Khamis, 2 Ogos 2018

LAPORAN SEMAKAN RALAT APDM

Sila klik link untuk download laporan.

LAPORAN SEMAKAN RALAT APDM PDF telah dipadam
LAPORAN SEMAKAN RALAT APDM FORMAT EXCEL telah dipadam

Tempoh terhad laporan ini dibenarkan akses bermula hari ini 2 Ogos 2018 hingga 5 Ogos 2018 jam 12.00 tengah hari sahaja. Harap maklum.

Khamis, 12 Julai 2018

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME PK HEM MARAN 2018

11 & 12 JULAI 2018 - Badan PK HEM Maran telah berada di Putrajaya bermula dengan Lawatan Penanda Aras di SK Putrajaya Presint 8(1), seterusnya ke tempat penginapan di Seri Bayu Resort Bagan Lalang Sepang.



Beberapa aktiviti telah dijalankan untuk menjayakan program ini dan anda boleh diikuti koleksi foto dengan klik link GALERI 2.

Selasa, 3 Julai 2018

MESYUARAT AGUNG



BADAN PK HEM MARAN
D/A PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MARAN
JALAN SERI KERAMAT,
26500 MARAN.
E-mel : gpkhemmaran@gmail.com



Ruj.Kami : BHM.MRN.100-6/1/1(11)
Tarikh : 19 Jun 2018

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SK/SJK/SM Daerah Maran

Melalui dan salinan ;

Guru Besar/Pengetua
SK/SJK/SM Daerah Maran

Tuan,

NOTIS MESYUARAT AGUNG BADAN PK HEM MARAN KALI KE 6/2018

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sehubungan dengan itu, tuan adalah diminta menghadiri mesyuarat di atas seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 12 Julai 2018 ( Khamis )
Masa : 9.00 pagi -11.00 pagi
Tempat : Seri Bayu Resort, Bagan Lalang, Sepang

3. Sebarang usul boleh dikemukakan kepada Setiausaha pada atau sebelum 06 Julai 2018 melalui WhatsApp, 012-9217746 atau gmail: salcbe1504@gmail.com

4. Kehadiran diwajibkan. Segala kerjasama dan perhatian yang diberikan oleh tuan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan tugas,


SALMAH BT AB HAMID
Setiausaha Badan PK HEM Maran

s.k
Fail

Klik Download Surat/Notis 

Isnin, 4 Jun 2018

SALAM RAMADAN DAN SALAM AIDILFITRI

AJK Badan HEM Maran mengucapkan Selamat Berpuasa, Ramadhan Karim dan Selamat Bercuti serta bergembira pada Aidilfitri.

28 Jun 2018, Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Maran akan diadakan di Perkarangan PPD Maran dan akan turut merai Sambutan Aidilfitri. Sehubungan itu, AJK Badan HEM Maran telah bersedia dengan menu yang ditugaskan sebagai hidangan jamuan majlis berkenaan. Jemput hadir.

Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahid dan Batin.

Jumaat, 2 Mac 2018

MUAT TURUN BAHAN TERKINI

Makluman kepada semua Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Setiausaha Hal Ehwal Murid, anda boleh dapatkan sebarang borang dan maklumat terkini dengan KLIK MUAT TURUN BAHAN seterusnya sila buat pilihan mengikut keperluan dan utamakanlah maklumat TERKINI sebelum melengkapkan sebarang borang  untuk dihantar ke PPD, PKD, JPN, KPM atau kepada pihak yang berkenaan.

TERKINI 25 MEI 2018

INSTRUMEN PEMANTAUAN SEKOLAH PROGRAM RMT BPSH/SPKIA/RMT-04